Tuesday, February 15, 2011

20 - Ini saya jeles

Taylor Swift, korang kenalkan dia? Aku taktau korang tinggal kat celah bawah tempurung mana kalau tak kenal dia. Oh ini bukan Taylor Swift appreciation post sebab aku pun bukan minat dia sangat, malah aku rasa kedahsyatan dia couple-break up sangat legendary. Oh ini juga bukan hate post untuk Taylor Swift, aku tak benci dia pun sebab aku suka lagu dia untuk Camille Belle tu.

Tapi, di sini aku nak cakap, aku sangat jeles dengan Taylor Swift >:/ Disebabkan kehebatan dia berkomunikasi melalui lagu, dia memang notorious (taktau equivalent notorious dalam BM, sorry) dengan kebolehan dia mengutuk/memuji orang dalam lagu. Jadi, sebab dia terer gilewwwwww, masa dia tercintun dengan Owl City a.k.a Adam Young dia pun buatlah lagu untuk mamat chomei tuu.



Tak, tak, aku bukan jeles dengan ketereran beliau tulis lagu dengan menyanyi. Tapi jeles sebab Adam Young jawab balik apa yang Taylor tanya dalam lagu Enchanted tu. Sooooo jeressssssss. Tapi kenapa chomei sangat, tak jadi nak jeres. Tapi still jeressssssss.



CEPAT JERIT! TIPU KALAU KORANG TAK EKSAITED MASA DENGAR JAWAPAN NI KAN.

Ini kisah fairy tail di zaman sekarang di mana-mana kanak-kanak sudah tidak berminat nak jadi Cinderella sebab diorang sibuk nak jadi Hannah Montana.

Ataupun diorang sibuk letak eyeliner macam racoon sebab nak jadi Taylor Momsem.

Tapi, ini, ini mungkin buat budak percaya balik pada ending fairy tail "and then they're happy together forever and ever" :') Penting rupanya akak Taylor Swift ni pada masyarakat sekeliling dan demi keamanan dunia supaya tak semua budak jadi macam T.Momsem dengan Miley Cyrus.

Kalau aku jadi Adam Young masa first dengar lagu Taylor tu mesti blush tahap kalah merah tomato. Kalau aku jadi Taylor masa dengar 'jawapan' Adam tu mahu melompat-lompat, guling-guling, jerit-jerit lepastu pastu pastu "OMGOMGOMG" Haha. Tu bukan apa yang aku akan buat. Tu imaginasi melampau aku je.

........

Betul.

Jap, kalau aku tulis lagu dengan cryptic message, sapa nak 'jawab'kan? Sebab ini sangat sweet, jadi ini buat saya jeres. Saya tak suka jeres.

Jap, lupa. Saya masih trauma buat confession tak berjawab. Ada itu kawan kata saya fail sebab tak ikut cara dia, dia suruh saya buat kad. Ada itu kawan kata saya fail sebab saya tak call. Ada itu kawan kata saya tulis banyak sangat bullshit.

Takpela, next time aku buat lagu. Muahahahahahha

So, where's my Adam Young?

Tuesday, February 8, 2011

19 - How To Save A Life

Sorry post banyak this week. Masa cuti banyak emosi terpendam.

“pray to God, he hears you”

Aku tak suka bila aku sorang je ingat benda tu. Kenapa korang tak ingat? Kenapa aku sorang je ingat? Tak suka. Tak suka. Tak suka.

Haritu keluar, kitorang 4 je. Setiap masa la kitorang 4. Kadang-kadang berlima. Yang aku tak sukanya keluar ber-4 sebab nampak macam double date. Kalian, kami takde apa-apa, kami kawan sahaja. Tinggalkan benda tu, aku nak cakap pasal benda lain sebenarnya.

biarla blur gambar ni. seblur kita semua kan.

Takde kerja sebenarnya masa cuti tu, aku pergi google nama “persatuan” myspace kita dulu-dulu.Aku nak bukak persatuan tu pun dah tak boleh, my[____] dah bengap. Maybe Tom taknak bagi aku sedih, sebab tu dia tak bagi aku bukak.

Lepastu harini balik Cyber nampak dekat ruangan mendownload ada lagu The Fray – How To Save A Life. Damn, aku kata dalam hati, jangan sedih la diri sendiri jangan sedih.

Lepas tu malam ni, roomate aku pulak post pasal lagu performance kelas kat blog dia. Lagila layan feeling sendiri.


KORANG INGAT TAK? mestilah tak. you guys are too busy playing the cool kids and we're too busy playing losers.




Ironik gila, kita semua jadi macam lagu tu. Phail kan?

As he begins to raise his voice
You lower yours and grant him one last choice
Drive until you lose the road
Or break with the ones you've followed
He will do one of two things
He will admit to everything
Or he'll say he's just not the same
And you'll begin to wonder why you came

We drifted away like our T-shirts did.

Malas nak explain, sebab nanti diri sendiri sedih. Aku nak simpan airmata ni untuk benda lagi worthy macam Dream High yang aku tak habis tengok lagi, begitu juga dengan Sunao ni Narenakute, berzaman pun tak habis tengok lagi.

Sebenarnya aku rasa macam nak buat lagu sebab we drifted away like our t-shirts did. All 28 of us. Macam stranded kat pulau kot, jadi, 5 kat sini, 6 kat sana, 4 kat situ, ada yang stranded sorang-sorang. Kita semua Melayu, sebab tu janji kita forever, ever and ever pun Melayu jugak.

Tahun berganti, semua lain. Myspace pun dah jadi my[_____]. Kalau ada orang cakap nanti Facebook lagi famous dari Myspace, aku tak percaya. Kalau ada orang cakap si polan ni akan jadi macam si pilis tu, aku tak percaya. Tapi jadi.

Ni ke kehidupan?

Bye, I want to save my own life. Sebab korang tak ingat dan taknak ingat. Aku sorang je ingat.

I'm not saying that I'm not at fault. And I'm not saying you guys are guilty either. What else to blame? Life? Time? 4 years have passed since then. I'm not the same, you're not the same. What's left of us is only what appeared on Google.

Monday, February 7, 2011

18 - Cintun


Tajuk ini memang eww. Tapi sebab aku teringat something lepas tengok satu post kat Tumblr ni, yang bunyinya lebih kurang macam kalau ada lelaki buat benda kecik pun kira macam everythingla kat perempuan tu padahal lelaki tu tak ingat pun benda tu. Lepas tu terasa nak reblog sebab betul haha.


Tetiba memori lama menerjah, di mana aku selalu suka orang atas sebab-sebab yang sangat tak logik dan aku 100% pasti lelaki tu pun takkan ingat kalau aku cerita balik.
bahana baca shoujo manga banyak sangat ni
01.
Umur: Darjah 3 (kot)
Sebab: Dia tegur kehebatan colour pencil aku. Tak silap, ayat dia "Wah, asal banyak sangat colour pencil dia?" Tapi dia cakap dengan kawan dia.
Ulasan:
Bila aku ingat balik, damn, mamat ni cam guna ayat rempit je. (jangan tanya sebab apa, aku pun taktau kenapa rasa camtu -_-")

Tapi, tak rasa ke ayat tu memang untuk mengayat? sudah-sudahla perasan

02.
Umur: Form 1
Sebab: Dulu aku kerja kat koperasi sekolah. Ada seorang hamba Allah ni yang perangai dia sangatlah annoying, suka mintak benda bukan-bukan. Pada suatu hari, terdapat sebuah balang berisi Apollo yang tak dapat dibukak. Setelah, aku bersusah payah nak try bukak, mamat tu dengan secara tiba-tibanya menjadi baik hati meng-offer diri membukak balang tu. Tapi dia pun tak boleh. Lepas tu dia pas kat kawan dia. Dan kawan dia lagi satu.

Sangat phail.

Ulasan:
Ini kes terharu, mata aku masa tu bersinar macam heroin manga shoujo, sebab dia tetiba jadi baik. Padahal, sekarang bila fikir balik MESTI SEBAB APOLLO TU KAN?

03.
Umur: Form 1
Sebab: Aku dah kenal dia lama. Tapi sekarang baru aku perasan. Muka dia dengan stail rambut dia dengan cara dia jalan cam Ishida Yamato dalam Digimon la.

Ulasan:
AH.HA.HA

04.
Umur: Form 2/3 (tak ingat samar-samar)
Sebab: Hamba Allah ni macam musuh terhebat aku. Tak kiralah dalam akademik ke apa-apa ke. Pada suatu hari, sekolah aku buat karnival. Acara wajib kat karnival of coursela rumah hantu yang tak seram langsung. Jadi kami sekelas beraturlah sama-sama. Tiba-tiba ada kawan lama aku call kata nak jumpa. Since line tu panjang lagi dan mamat musuh terhebat ni memang duduk belakang aku, aku suruhla dia jaga tempat aku. Selesai berborak dengan kawan lama aku, aku nak masukla line balik tapi terdapat segerombolan kanak-kanak sesat yang menghalang laluan aku.

Mamat yang memang keji ni pun marahla kanak-kanak yang innocent tu "BAGILAH DIA LALU! DIA NAK MASUK LINE BALIKLAH!"

Ulasan:
Ini sebab paling keji aku pernah suka orang. Ntah apa kebodohnya aku, pergi suka dia sebab dia marah kanak-kanak yang tak berdosa. malu

05.
Umur: 18 tahun (masa kerja)
Sebab: Memandangkan tempat kerja aku banyak pakcik-pakcik lepak, ada satu hari ni mamat hensem datang beli nasi lemak. Aku ingat lagi, dia beli nasi lemak lauk sambal sotong. Dia hulurkan RM50 tapi aku kata "tak boleh la sebab takde duit kecik" lepas tu dia buat muka comel belek-belek wallet dia. Aku ternampak beberapa not duit dalam tu lepas tu aku pun jerit "HAA TU ADA DUIT!" Dia muka malu, sheepish, angkat satu not duit tu lepas tu dia cakap "Haha err, ni bukan duit Malaysia". Aku tengok duit tu.

Itu duit Korea.

Ulasan:
Sebab tak relevan. Masa tu takde lelaki muda. Ada pakcik-pakcik je.

06.
Umur: 18 tahun (masa kelas driving)
Sebab: Lepas aku phail dengan epicnya ujian komputer JPJ, hamba Allah yang muka macam Qi cakap pelat Kelantan ni marah aku. Masa tu dalam otak aku, "Kau siapa nak marah anak dara orang ni? Nasib baik muka cam Qi" Lepastu dia bagi lecture pasal soalan-soalan yang aku rasa susah, dia mengajar aku yang bebal ni dengan penuh kesabaran. Oh ya, dia bukan instructor aku ya. Dia ambil sekali test tu dengan aku. Lepas menuntut dengan dia aku lulus.

Aku jerit "YEAY" dan melemparkan senyuman bersinar dekat dia seperti heroin manga shoujo.

Ulasan:
Kes tipikal terharu + terhutang budi.

07.
Umur: 18 tahun (masa PLKN)
Sebab: Aktiviti kelas pertama dalam PLKN masa tu, kira 1st week la masa tu. Kalau korang pernah masuk, kan ada aktiviti harian merebut magic pen untuk melukis peta minda haram jadah. Pada hari pertama tu aku meroyan nak colour pink. Ada Hamba Allah yang jaga magic pen tu. Dia cakap "Ok sapa cakap nak colour pink tadi?" Aku pun dengan muka malas menjawab "aku".

Dia hulur magic pen colour hitam.

Ulasan:
Aku sewel. Aku suka dengan orang tak faham bahasa macamtu. Suka sangat.

08.
Umur: 18 tahun (masa PLKN jugak)
Sebab: Peristiwa ni berlaku sejurus selepas kejadian merampas magic pen. Aku terpaksa buat check-up dekat klinik nak tengok boleh dapat pelepasan ke tak. Masa menunggu tu tersangatlah bosan dan disebabkan minggu pertama PLKN, wira dan wirawati diharamkan berkomunikasi. Tapi sebab aku bosan sangat teramat, aku tegurlah wira sebelah aku ni "Sakit apa?" Dan kami bercerita non-stop (tapi stop sekejap bila nampak cikgu -_-") sampai termasuk cerita nenek sepupu sepapat dan sampai termasuk cerita yang tak mungkin akan aku lupa sampai bila-bila;

"Aku kalau drive adik aku pergi sekolah, pakai boxer je sebab malas lepas tu ada cikgu tu tegur aku sebab dia kenal aku tapi aku buat dek sebab aku pakai boxer je."

Dia dibenarkan balik, tetapi aku disuruh tinggal kat kem.

Ulasan:
JANGAN TANYA. Cerita dia unik. Korang tak rasa ke?

Konklusi: Masa 18 tahun, naik merenyam. Ataupun sebab aku ingat perkara masa 18 tahun je.

Senario-senario adalah kisah benar. Sekian.


Tapi kalau ada orang buat camni, logik kan kalau nak suka hahaha

17 - Asal

NEW BABY...not. Ni patung Nanin yang buat bunyi bila kita tekan pinggang dia -_-"



Balik kampung dalam 3 hari sebab ada pertambahan baru dalam keluarga yang sedia maklum besar. Tok dengan Tok Wan dapat lagi sorang cucu, jumlah cucu dicampur total menjadi 23. Tak lama lagi Tok dan Tok Wan akan dapat cicit, bulan 5 insyaAllah. Jadi, hari Jumaat lepas ada buat aqiqah, yang seperti biasa, famili kami semuanya DIY. Semua buat dari contengan ataupun scratch.
hey there, Adam Qayyim. Kak Dirah ang ni apa bangang sangat taktau sampai salah focus bila tangkap gambaq

Kadang-kadang tak percaya bila tengok semua lauk dengan nasi bila dah siap. Rasa bangga padahal haritu aku parut kulit carrot je pun.

Kan sekarang ada longgokan realiti (konon) show berorientasikan family (konon) seperti Real Housewives, Keeping Up With The Kardashian, Kimora blablabla (ya, Channel E! itu tontonan wajib aku, asal kau pandang pelik, jeles?)

Tu buat aku terfikir, taknak ke family aku? Ramai ni, 23 + 14 + 2 + 2 + 1 + 1/2 = 42 1/2. Ramai tu, cukup nak buat drama baling-baling. Nanti orang boleh lihat realiti keluarga yang suka masak tapi ada dalam famili tu beberapa yang tak reti masak tapi semua masih berharap supaya mereka reti masak, dan ada yang terlebih terer masak sampai mengondem orang yang tak reti masak dan ada juga drama baling kerusi ketika tak puas hati dengan kualiti masakan. Kalah drama Junior Masterchef.

Mak Long (future Tok bulan 5 nanti) dengan Tok Teh

Sarah dah prepare awal-awal pose bila nampak paparazzi. "No comment, 'kay?"

Ini pretty girl, Nanin yang semua orang suka ligantapi dia buat muka
dek, juai mahai.

Aiman, ni abang Nanin. Budak2 zaman sekarang memang. Heh. Dulu aku main masak-masak dengan kahwin-kahwin je tau.

L-R: Pak Ndak (di mana hobinya melepak di restoran sebelah rumah dan berkata pukul 1 pagi masih awal untuk pulang ke rumah), Pak Tam, Pak Teh (handyman household yang cool dan sempoi, semua boleh buat) dan Pak Su dengan Nanin (Adam tu anak Pak Su la)

Kak Ti dengan Kak Ina. Mereka inseparable sejak lahir. Mereka bukan kembar.
Nani. Oh ya, famili kami banyak nama yang senang sebut. Nana kecik, Nana besaq, Nini, Nani, Ina, Nanin, Dirah, Sarah, Ati, Udin, Oman, Man, Qib, Apri, Ad, Adli, Ulhaq, Ayish, Lah, Eda. Katakan bahawa kamu semua tak confuse.

Abang Ad, kemungkinan kawin tahun ni (kot). Doakanlah :') Ni gambaq propa, tibatiba ketika aku menangkap gambar ayam, dia pi lari pegang senduk.
Mak Lang dengan Kak Ina.

Yang sengih itu mak saya. Jangan tanya umur dia berapa. Aku malas jawab soalan tu :/

Pretty girl is pretty
L-R: Adli, Ayish, Nana kecik, Sarah dengan Ulhaq.
Ini Miao Miao. Dia gedik. Dia malas. Dia gemuk. Dia annoying. Dia cakar kaki saya.

Kami 42 1/2 orang semua akan berkumpul kat dapur untuk tujuan masak DIY ini. Aku rasa lemas, sebab takde tempat, lepastu semua berebut pisau. Lalu aku keluar daripada dapur dan menuju ke kusyen yang memanggilku untuk tidur. Yeah. Aku malas, aku ok.

Sebenarnya tujuan entry ni nak post gambar je. Tapi, ironik gila, bila fikir balik, aku tak reti masak (sebenarnya butthurt lepas tengok Junior Masterchef). Dahla, kalaulah aku boleh putar masa ketika aku berusia 7 tahun, akanku pegang pisau untuk memasak.

Budak tu takut tengok aku. BOO YAH

Wednesday, February 2, 2011

16 - Hancur

Hancur dalam bahasa Inggerisnya apa ya? Crush kan? Haha. Tadi pergi Midvalley tengok Green Hornet, kan Jay Chou berlakon tetiba teringat zaman memuda dahulu yang gilaaaaaaaaaaa minat dekat Jay Chou ni. Lepas tu, tiba-tiba rasa nak tulis pasal 'hancur-hancur' zaman memuda haha. Amaran; entri ini akan jadi sangat panjang. Kebanyakan (ataupun memang semua) manusia dalam list ni adalah daripada Asia.

1. Ken ZhuIngat tak, di era awal tahun 2000 sth, ada satu drama Taiwan yang super duper famous kat Malaysia, sampai aku sanggup lari tak buka kasut terus masuk rumah lepas balik sekolah agama sebab cerita ni, namanya Meteor Garden. Ingat tak Dao Ming Si rambut nanas? Ataupun ingat tak Hua Zhe Lei yang cool, soft spoken gila tu, yang ajar bila nak menangis kita kena naik monkey bar duduk upside down tu? Hee, masa tu Jerry Yan dengan Vic Zhou sangat sangat sangat famous, tapi aku rasa aku sorang je suka Ken Zhu yang jadi Xi Men dalam drama tu. Ntahla, sekarang bila tengok balik, rasa Ken takdela hensem mana tapi aku masa memuda dulu minat gila kat Ken Zhu sampai nak order name card ada gambar dia huahuahua.

2. Jay ChouFuhh, dulu minat gila kat dia. Serius. Start jatuh cinta bila dengar lagu Ye Qu (still antara lagu favourite aku sekarang) lepastu suka kat muka takde perasaan dia, tak kirala masa nyanyi ke masa cakap ke. Muka coolio habis. Rasanya siapa yang pernah dengar lagu dia mungkin faham, yang agak susah untuk cari rapper macam Jay Chou ni. Hmm, dia bukanla penyanyi tahap hebat boleh jerit not tinggi-tinggi, tapi bakat dia dalam menulis lagu dan bermain piano perghhhh Jealous kot. Dulu ingat lagi masa Initial D punya live-action tayang kat Malaysia, bukan main ajak kawan-kawan nak tengok movie tu sebab Jay Chou haha




3. Akanishi JinDamn, malu gila bila ingat aku pernah minat gilaaaa kat mamat ni. Menyesal pun ada :/ Start jatuh cinta tahap obsesi maut dengan dia lepas dengar dia menyanyi lagu Murasaki. Lepas tu tengok Gokusen bertambah jatuh cinta. Masa tu terfikir asal mamat ni hensem sangat haaa? Siap tulis karangan lagi kenapa aku sayang dia gilagilagila, masa tu rasa Jin lah mamat paling perfect kat dalam dunia. Masa dia pergi study English kat LA pastu at the same time KAT-TUN punya 2nd album takde suara Jin, punyalah sedih aku masa tu. Meroyan kot haha Lepas dia balik from LA, serius dia bukanlah Jin yang pernah aku suka suatu masa dahulu. Tapi masa tu pun masih obses tahap tak normal dekat Jin sampai bila wujudnya Akanishi Gundan, aku memang cuba minat semua ahli troop Jin tu. Tapi sekarang tidak lagi. Malah aku sangat menyampah bila nampak muka Jin sekarang, pergilah jadi Justin Timberlake. Pergi.



4. Xiah JunsuAku sedar Junsu mungkin bukan lelaki paling kacak dalam DBSK tapi suara dia, CAKAP SIAPA ADA SUARA MCM TU?! Tahap ketereran suara Junsu sangat melampau sampai pernah menumpahkan air mata betina ku ini. Tu yang dipanggil karisma. Xiah Junsu the charisma. Ramai orang dalam dunia ini ada suara sedap, tapi amatlah jarang untuk kita jumpa suara yang boleh menyentuh hati dan perasaan kita sampai kita nak nangis dengar. Pertama kali tumpah air mata, masa dengar My Destiny lepastu One, memang tak bolehla dengar dia menyanyi. Mesti meleleh. Tapi suara dia masa cakap comel gilaaaa macam dolfin haha Macam suara budak tak matang je kot. Lepastu dahla Junsu selalu menjadi subjek bulian ahli-ahli DBSK yang lain hahaha memang tak boleh blah.





5. Arjun Rampal
SEBAB DIA MEMANG KACAK TAHAP MAUT. Aku takpernah rasa Shah Rukh Khan opps DATUK atau Salman Khan atau Amir Khan atau Akshay Kumar atau Hritik Roshan hensem. Saif Ali Khan mungkin pernah sekali sekala tapi Arjun Rampal memang kacak tahap maut laa. Gila gila gila hensem. Tapi filem apa dia berlakon, aku tak ingat sangat haha Alasan ini sangat shallow tapi dah memang betul :p

6. Bosco Wong
Dulu masa pukul 6 kat TV3 ada apa? Iye, TVB drama (kenapa sekarang dah takde :/) Dulu tak sah kot kalau tak tengok drama-drama TVB sekali sehari sebab rasa best sangat duduk melangut depan TV lepas balik sekolah agama. Dalam banyak-banyak pelakon lelaki drama TVB, aku minat gila-gila-gila dekat Bosco Wong. Bosco jarang jadi lead selalu supporting character je tapi tetap rasa dialah manusia paling hensem dalam drama TVB. First time tengok dia berlakon dalam Triumph in the Skies (walaupun semua kawan aku suka Ron Ng) tak silap, alaa drama yang ada sekumpulan budak belajar nak jadi pilot tu. Lepas drama tu, tiap kali nampak Bosco kat TV mesti jerit-jerit macam orang gila -.-" Lepas tu tak henti-henti puji kehenseman dia sampai pernah kena sound dengan adik-beradik lain sebab bising masa tengok TV.

7. HirotoNi masa zaman minat gila dekat Jrock. Sekarang heh, lagu Jrock last yang aku dengar pun aku tak ingat. Masa tu aku minat gila kat alice nine. Tapi sekarang dengar lagu alice nine dah turn off. Asal ek? Ntahla kenapa suka kat Hiroto dulu, sampai penuh folder alice nine dengan muka Hiroto padahal sekarang aku rasa Tora dengan Saga lagi kacak haha. Ntah sebab dia nampak cool kot masa main gitar. Serius tak ingat kenapa sayang gila kat Hiroto dulu.

8. Lee Dong Gun
Aku panggil Lee Dong Gun dulu 'lelaki yang pengsan dalam Lovers in Paris' haha sebab aku rasa adegan dia pengsan dalam drama tu sangatlah dramatik sampai bila-bila pun (walaupun banyak drama dia aku tengok) aku akan ingat adegan dia pengsan tu. Apa yang aku suka kat Lee Dong Gun ialah mata kuyu, sayu dia tu. Mahal tu, aset berharga habis la. Aku suka kat bahu dia, sebab nampak lebar padahal tak pernah jumpa depan mata pun :p Lee Dong Gun mungkin (sebab aku tak ingat sangat, dah lama dah) adalah aktor Korea pertama yang aku suka. Orang lain kaki di kepala, kepala di kaki dengan Bae Yong Joon dengan Won Bin tapi aku suka Lee Dong Gun.

9. Nine
Dulu aku minat Phyne Ballerz, ala yang nyanyi lagu Vida versi bahasa Melayu tu, tapi sayang kejap je kot diorang nyanyi lepastu sekarang dah takde dan Nine pun tak silap dah masuk Ruffedge. Sebelum masuk Ruffedge, dia buat duo dengan Billy (Phyne Ballerz jugak) jadi BillyZulkarnain, ala yang HATI TERLUKAAAAAA. Aku minat gila Nine, dulu pernah terjumpa sekali kat OU (masa tu aku form 1 kot?) terjerit kot sebab happy gila nampak dia. Dahla suara sedap, hensem, tinggi tapi sekarang dah kahwin dah pun haha. Bila ingat balik aku pernah terjerit dulu, rasa segan la pulak :/



10. Damian Mikhail
Serius minat dia dulu. Dalam VE, dia je kot yang aku pandang. Suka suara dia, sedap gilalah! Masa first2 dulu kan rambut dia panjang, bila dah potong lagi ok kot.



Tu jelah kot. Ni list masa muda (9 - 14 tahun) je. Hahaha sekarang dah tak ingat dah kenapa minat diorang :/ Ada jugak yang aku still minat sampai sekarang tapi tak seobses dulula. Kebanyakan gambar2 di atas adalah gambar lama jadi jangan terkejut bila tengok muka diorang sekarang, aku letak gambar lama supaya korang dapat nampak condition mereka pada zaman dahulu haha.

Tuesday, February 1, 2011

15 - Vandal

Okay, sekarang saya (hari ni kata ganti nama diri 'saya-awak' sebab dah lama tak guna) sangat bosan. Duduk rumah tak buat apa, menung tengok youtube stalk Ryan Higa je kot. Masa tak cuti, sibuk nak cuti. Masa cuti, bosan la pulak. Dahla langit asyik sedih je, tiap-tiap hari langit menangis, tiap-tiap hari dia gelap. Cuaca pun sebenarnya affect jugak emosi kita. Lagi sedih langit, lagi bosan saya duduk rumah.

Awak-awak semua pernah pergi Midvalley tak? Oh mestilah pernah kan. Kalau pergi Midvalley naik kereta atau moto atau van, pernah perasan tak ada kat satu dinding yang nak menuju masuk ke lorong parkir (best do guna ayat parkir) kereta atau moto atau van, ada contengan-contengan di situ?

Pernah tak tengok drama Jepun ke Korea ke Taiwan ke yang mana heroin nya mendapat semangat lepas mendapat dorongan daripada heronya? Oh mestilah pernah kan. Bila diorang mendapat dorongan, diorang akan sebut 'jia you', 'ganbatte ne' ataupun 'hwaiting' dengan muka comel, innocent yang membuat hero menjadi makin cair.

Ini 'jia you' yang korang sebut chaiyok! chaiyok! tu.
Ini 'hwaiting' yang dalam drama Korea 'aja-aja fighting!' tu.
Ini 'ganbatte' yang dalam anime yang diorang tulis kat kain pastu ikat kat kepala masa nak exam.

Korang pernah nampak tak satu contengan tulus tapi tak suci (sebab dia guna colour merah dan sebab dia conteng dinding), "Be my vandal partner this valentine?" Lebih kurang camtulah ayat dia, tiap kali nak pergi Mid mesti nak try snap gamba dinding tu, tapi selalu lupa atau tak sempat.

Bukan nak kutuk dia ke apa, tapi nak puji. Sebab contengan tu sickly sweet, deviously sweet. Taktau apasal, tapi tiap kali nampak contengan tu saya akan jadi 'awwwww' ala pondan gitu. Saya rasa tiba-tiba saja mendapat dorongan dan semangat seperti heroin drama Korea, Jepun dan Taiwan bila tengok contengan tu. Terus saya sebut jia you, ganbatte dengan hwaiting sekaligus.

Ntah, taktau nak describe macam mana tapi sungguh sweet gilaaaaaaaaaaaaa. Gila kena panjang sebab orang gila macam saya je suka benda macam tu.

Nak kata special ke tulisan tu takla, sebab rasa buruk je kot dia conteng. Tapi ayat dia tu kot. Ntah ntah. Dah lama dah benda tu ada, bertahun jugakla, rasanya ada tak orang jadi vandal partner dia?

Untuk orang yang conteng dinding tu, terima kasih sebab bertahun lamanya awak buat saya senyum sorang-sorang dalam kereta. Tak kisahla dah seribu kali tengok pun, tapi saya tetap akan senyum tiap kali tengok contengan awak :) Harapan saya semoga tiada orang yang sanggup padam contengan awak.

P/S: Nanti kalau sempat, saya nak tangkap gamba contengan tu.
 

Template by Best Web Hosting