Wednesday, May 4, 2011

28 - Anjakan Paradigma

Assalamualaikum and peace be upon you.

……

Taken from the short movie; 11th hour. Doesn't this quote scares the shit outta you and make you think? Deep enough to scare me.

Does that scare you? Haha. Memang jaranglah aku mula apa-apa dengan salam. Once bila aku try nak konon ‘berubah’ angin letak salam dalam text, kawan aku reply “Kenapa dengan kau ni? Takut aku tetiba bagi salam.” This entry aku nak cakap pasal changes. Aku baru je lepas habis baca novel baru Hlovate; Contengan Jalanan (aku memang tabik spring dekat Hlovate sebab berjaya membuatkan lelaki berebut novel kat rak) and as usual bila habis baca novel beliau memang ada sense nak berubah kearah yang lebih baik tapi…you know, this may sound like an excuse but really changing is hard.

Aku sejak Tingkatan 1 sampai habis sekolah budak KAA (Kelas Aliran Agama), sekolah aku bukanlah sekolah agama pun but sekolah tu memang quite strict dalam hal agama. Hari Jumaat memang wajib baca Yasin first thing in the morning & kalau ada event besar macam trial ke, PMR ke, SPM ke, memang satu sekolah buat solat hajat tengah padang perhimpunan beralas tikar. Again di sini, sekolah aku bukanlah sekolah agama tapi aku 100% sure that sejahat mana pun budak sekolah aku mesti kurang-kurang boleh recite Yasin.

Coming from ‘that’ kind of supposed religious background doesn’t make a person any better though. Heck, aku taknak pun ambil Bahasa Arab masa Tingkatan 1 dulu, ikut kawan ambil je sebab diorang semua semangat nak masuk. Honestly, aku tak suka. Serious. Sebab even family aku is not all that religious and stuff and suddenly aku kena expose kat benda macam ni. Memang tak masuk langsung. Masa Tingkatan 3 entah miracle manantah datang, boleh pulak dapat Bahasa Arab A. Mula-mula memang ingat nak keluar dah tapi I don’t know why the old me seems to cling so much to others so yeah aku sambung walaupun aku tak suka.

Tapi even after all those years, aku still tak boleh speak Arabic fluently, aku still tak pass lagu taranum, aku still tak pakai tudung accordingly, aku still pakai baju yang diorang frowned upon, aku still dengar lagu-lagu yang diorang kata tak boleh. Bila fikir balik, rasa rugi tapi bila ingat balik banyak juga ilmu yang dapat, yang orang lain taktau.

Walaupun aku baru je hidup 19 tahun (pun tak sampai lagi 19 nya pun), macam-macam changes aku dah witness dengan mata kepala sendiri. Yang dulu teman aku cerita pasal latest songs, tanya aku Paris Hilton hot ke tak; sekarang dah merantau pergi Middle East, belajar Syiah. Lepas PMR, dia pergi study Indonesia dulu; masa tu still in contact, masa tu still zaman MySpace. Aku tanya “Kau into band apa huh sekarang?” Sebab band is all we ever talked about masa dulu. Then dia jawab lepas a long pause, “Ain, sorry, tapi aku dah tak dengar muzik sebab ada orang kata haram.”

How do I suppose to reply to that? That friend, yang memang fanboy 30 Second to Mars habis-habisan dah jadi camtu. That friend, yang nak jadi comic artist tiba-tiba tukar nak jadi pengkaji ahli sunnah waljamaah.

Then another friend. Dia jenis happy-go-lucky, loyar buruk, mulut memang tak boleh diam. Lepas PMR, masuk MRSM, ambil Pure Science takde Arab dah pun. Tapi lepas tu dia jadi more Islamic(?!) in his way. Macam last Monday, masa pergi lunch dia tukang pick-up aku, aku masuk kereta terus duduk tapi memang dah ada niat nak bagi salam pun sekali dia tukang cakap Assalamualaikum dulu. Haihla, mana tak panas hati. Even kalau IM pun, memang dia marah kalau tak bagi salam dulu. Sekarang kalau nak cakap dengan dia mana boleh pandang mata, aku memang pandang dinding je. Aku pernah tanya dia, kenapa jadi macam ni. Dia angkat bahu, entah dia jawab. Dia pun taktahu tapi dia macam I don't know, lebih happy?

Here come the guys that turn bad. The type of guy that’ll hum nasheed song in class dan jenis yang tak reti nak cakap dengan perempuan tiba-tiba imagine kau terjumpa gambar dia dekat gig tengah buat pose jelir lidah. Dulu memang type kerekla, perempuan memang takboleh dekat langsung, dosa. Sekarang gambar peluk perempuan takpayah cakap. Lagi seorang, dulu condemn orang habis-habis sebab merokok, cerita seribu satu sebab kenapa tak payah rokok sekali sekarang “I love Dunhill :)

You get it, right? Those changes, yang from biasa ke lebih baik dan yang from baik ke yang lebih negative; how should you feel about it? I mean, I’m not happy with either because they’re not the same person I knew back then. Tapi kadang-kadang rasa macam guilty jugak bila orang dah jadi baik pun kita tak suka. Kenapa taknak suka, patutnya happy sebab dia dah jadi lebih baik, bukan ke? Yang baik dulu, tak suka sebab dia upright sangat, sekali bila dia dah jadi macam tu pun tak suka jugak. Entahlah.

How should you feel about changes in someone? Have I changed? Does someone out there do not like how I turned out to be today? (Mestilah ustazah-ustazah dengan ustaz-ustaz aku semua tak suka :3)

Kadang-kadang adalah jugak rasa nak berubah kearah baik, banyak kali kot fikir, lagi-lagi lepas kena tegur berapa banyak das dah dengan mamat-pantang-tak-bagi-salam tu tapi bukan senang. Sungguh kalau jadi baik (in religious term) tu macam petik jari dah lama dah aku jadi. For example, konon last week nak try taknak mencarut. Sekali bangun lambat pagi Isnin, terus mencarut -.-" Dah lima tahun terperap baca buku tentang Quran wal Sunnah, Syariah al Islamiah dengan Arabic Grammar pun tak mampu buat aku jadi a better person, memang payahlah kan nak tukar. (ALASAN SEMATA)

But who knows, someday? InsyaAllah, Allah knows most after all.

Once I asked the 6480-miles-away guy about changes. He said that it can’t be help, changes happen. I asked you repeatedly, so many times that I forgotten how many; did you change after all these years? You never answer; you just said the same old thing “Changes happen right?” I still remember our last conversation, you ended it with; “Kau sambunglah lukis jagung kau tu. Aku nak pergi usrah.” And at that moment, I truly believed you have changed.

 

Template by Best Web Hosting